Wednesday, September 29, 2010
Kem Ujian Sikap Negeri Perak 2010
Thursday, July 22, 2010
MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG, PINGAT DAN PENGAKAP RAJA 2010
Majlis ini akan diadakan pada 24 Julai 2010, Sabtu bermula jam 2.00 petang bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh, Perak.
Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.
Tuesday, May 18, 2010
Jambori 1 Malaysia dan JOTA
Tahniah dan syabas kepada Penolong Pesuruhjaya, pemimpin dan peserta daripada Daerah Larut Matang Selama yang menyertai Jambori 1 Malaysia di Wetland Putrajaya dari 13-16 Mei 2010 dan JOTA Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di SMK Bukit Jana, Kamunting pada tarikh yang sama.
Gambar-Gambar boleh dilihat di blog ini :
http://kelanataiping.blogspot.com
http://www.facebook.com/album.php?aid=19609&id=100000475685612
Sunday, March 28, 2010
Perkhemahan Keris Perak & Emas Zon Batu Kurau, LMS
Perkhemahan tersebut turut berjalan serentak dengan Ujian Keahlian bagi ahli pengakap SMK Jelai yang diadakan selama 2 hari 1 malam.
Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ADC daerah dan Kelana Aman yang turut turun padang ke perkhemahan tersebut bagi meninjau perjalanan dan khidmat bantu.
Thursday, March 25, 2010
DC Larut Matang Selama Menunaikan Umrah
Kami ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah kepada HJ. MD. RADZI BIN ISMAIL .
Semoga dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan selamat kembali ke tanah air.
Beliau akan berangkat ke sana pada subuh Sabtu jam 3.30 pagi.
Tuesday, March 23, 2010
Takziah
Jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.
Monday, March 22, 2010
Kem Ujian Sikap LMS 2010
Keputusan boleh dilihat di laman blog ini http://9w2bpt.blogspot.com manakala keputusan penuh di laman Facebook Pengakap Taiping.
Gambar-gambar sekitar Kem Ujian Sikap LMS
PESURUHJYAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
PEN.PESURUHJAYA DAERAH
BIRO PENGAKAP SEDUNIA
(World Scout Bureau). Biro ini juga bertindak sebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (WOSM) dansebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (World Scout Committee). Biro ini beribu pejabatdi Geneva, Switzerland. Dan Jawatankuasa Pengakap Sedunia bertanggungjawab ke atas perjalanan organisasiWOSM dan Sekretariat Biro Pengakap Sedunia.
Bagi memudahkan pengurusan pengakap yang mempunyai ahli berjuta-juta orang dan berselerak di seluruh dunia Biro Pengakap Sedunia?membentuk beberapabuah BIRO WILAYAH (Regional Bureau). Pada masa ini terdapat lima buah wilayah semuanya, iaitu:-
Wilayah Afrika beribu pejabat di Nairobi, Kenya. Wilayah Asia ?Pasifik beribu Pejabat d Manila Filifina. Wilayah Eropah beribu pejabat di Brussels, Belgium. Wilayah Arab beribu pejabat di Khahirah/Cairo, Mesir. Wilayah Interamerica beribu pejabat di Chili, Santiago.
Maka segala aktiviti kepengakapan yang dikendalikan oleh sesebuah negara terutama yang bersifat wilayah atau duniaseperti Jembori Sedunia, Jembori sewilayah, perlu mendapatrestu dan persetujuan Biro Pengakap Dunia atan WOSM.Sebabitu perancangan aktiviti sedemikian perlu diadakan lebih awal dan dibawa ke dalam persidangan WOSM, contohnya ketikaMalaysia ingin mengadakan JAMBORI KEBANGSAAN ke 9 dan Asia-Pasifik ke18 di Besut, Terengganu , usul ini telah dibawa ke dalam Konferensi Sedunia di Bangkok pada tahun1993 dan 'menang?dalam pemilihan itu seterusnya direstui.
Selain itu WOSM juga mendaftarkan setiap pertubuhan pengakap yang bergabung dengannya (tidak semua negera atau wilayah mendaftar) justeru itu WOSM dapatlah dianggap sebagai"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" kepada pertubuhan pengakap.
KEUNIKAN PENGAKAP
Adalah menjadi kenyataan bahawa di mana sahaja kita berada di dalam dunia ini adalah amat mudah untuk mengenali seseorangPengakap itu melalui tradisi berpengakapyang diamalkannya.
Bagaimanakah caranya?
Jika ia berpakaian seragam, walaupun beradadi khalayak ramai kita mudah mengenalinyakerana ia memakai Lencana Pengakap (Keahlian)pada pakaian seragamnya.
Semua ahli di dalam Pergerakan Pengakap jugamenggunakan Hormat Pengakap yang sama sebagaitanda Hormat dan Salam.
Semua ahli Pengakap juga menggunakan Isyarat Pengakap yang sama apabila melafazkan danmemperbaharui Persetiaan Pengakap. IsyaratPengakap hampir serupa dengan Hormat Pengakapkecuali kedudukan tangan yang berbeza.
Apabila seorang Pengakap bertemu dengan Pengakapyang lain, mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk memberi salam. Mereka berjabattangan dengan menggunakan tangan kiri.
Anda tidak mungkin dapat bertemu dengan ahli daripada Pertubuhan Belia yang lain di duniaini yang menggunakan Lencana Pengakap ataumenggunakan Hormat Pengakap, Tanda Pengakap danBerjabat Tangan dengan menggunakan tangan kiri.Ini merupakan keunikan Pengakap semata-mata.
Slogan Pengakap yang berbunyi 'Menolong OrangPada Setiap Masa' dan cogankata 'Selalu Sedia'juga merupakan keunikan di dalam berpengakap. Tradisi Pengakap ini mempunyai maksud yang tersendiri dan masih berperanan hingga ke hari ini seperti mana bila pergerakan ini bermula sejak 80 tahun yang lalu.
ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi besarpergerakan anak-anak muda yang berkembang terus menerus. Sejak ditubuhkan hingga kini kira-kira 300 juta ahli pengakap di seluruh dunia telah melaksanakan "IKRAR PERSETIAAN PENGAKAP". Dalam dua dekad terakhir ini keahlian pergerakan Pengakap telah bertambah kira-kiratiga kali ganda. Bilangan ahlinya kini sekitar 350 jutaorang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan di 136buah negara dan wilayah (territories) di samping jutaan ahli lama yang kebanyakannya ahli dalam berbagai bidang dan profesyen adalah penyokong pergerakan ini. Anda adalah seorang daripadanya, sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia yang sekaligus juga ahli kepada WOSM yang diiktiraf dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA.
Pergerakan Pengakap, mengenepikan perbezaan warna kulit,budaya, fahaman agama dan kepercayaan adalah bersatu dalamnilai yang sama dalam kehidupan. Faktor inilah yang menjadi"hallmark" atau pengikatnya, sejak diwujudkan dahulu, kaedah belajar sambil membuat (leaning by doing) dan bekerjabersama-sama dalam kumpulan kecil adalah kaedah progresifyang merupakan cara terbaik dalam memperkayakan pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi hidup di hari muka. Pengakapboleh menjadi kuasa pendorong yang berpontensi ke arah tindakanpositif dalam usaha memperbaiki kehidupan komuniti.
Pergerakan Pengakap juga merupakan pelaburan pada masa hadapan.Ia mengajar dan melatih kanak-kanak (ahli-ahlinya) menjadi warga yang berguna serta bertanggungjawab kepada dunia melaluitindakan - tindakan dan aktiviti mereka. Pengakap juga melibatkandiri dalam berbagai aktiviti secara meluas (wide range of activities) misalnya pendidikan persekitaran (environmental education),kesihatan kanak-kanak, mencegah penyalahgunaan dadah, pembinaan rumah kos rendah, membasmi buta huruf, latihan kemahiran, pendidikankepenggunaan (consumer education) dan pendidikan keamanan dankesejahteraan (peace education). Dan bekerjasama dengan berbagai pihak dalam masyarakat, kawan-kawan, jiran tetangga, pemimpin masyarakat serta lain-lain organisasidapat direalisasikan. Usaha dan kerja-kerja begini dapat juga dilakukan dengan kerjasama berbagai agensi yang terdapat di negara masing-masing.