Wednesday, September 29, 2010

Kem Ujian Sikap Negeri Perak 2010

Kem tersebut akan diadakan di Kem Kota, Layang-Layang Kiri, Bota bermula 1hb hingga 3hb Oktober 2010 (Jumaat hingga Ahad)
Taklimat berkaitan kem untuk peserta dari daerah LMS telah diadakan di SMK Bukit Jana pada 28 September oleh Encik Azaini Sham, Encik Jamil Yang dan Pemimpin lain.
Kepada peserta kem Ujian Sikap daripada daerah Larut Matang Selama diharapkan telah bersedia dan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang kem










No comments:

PESURUHJYAYA DAERAH

PESURUHJYAYA DAERAH
HJ.MD.RADZI BIN ISMAIL , AMP,PPT,PC,PTL,PPS.

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
FADIL BIN OSMAN (9W2FPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
AHMAD RIDZUAN BIN JUSOH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
ROSMIZIN BIN IBRAHIM

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
FOO ENG GUAN

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
MAHIZAM BIN OMAR @ MANSOR (9W2ZPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
JAMIL BIN YANG (9W2JPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
MOHD AZAINI SHAM BIN MOHD ALI (9W2BPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
NOR ASMA BT ABD.AZIZ

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
AZIZAN BIN MURAD

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
SARIPAH BT ISHAK

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
MAIMUNAH BT MAT SALLEH (9W2MPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
MOHD NIZAM BIN ALI (9W2NPT)

PEN.PESURUHJAYA DAERAH

PEN.PESURUHJAYA DAERAH
HJ.KHALID BIN NORDIN

BIRO PENGAKAP SEDUNIA

Pengurusan pentadbiran Pergerakan Pengakap Seduniadi kendalikan oleh sebuah badan yang besar dan penting atau sebuah "Biro" yang dinamakan BIRO PENGAKAP SEDUNIA?
(World Scout Bureau). Biro ini juga bertindak sebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (WOSM) dansebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (World Scout Committee). Biro ini beribu pejabatdi Geneva, Switzerland. Dan Jawatankuasa Pengakap Sedunia bertanggungjawab ke atas perjalanan organisasiWOSM dan Sekretariat Biro Pengakap Sedunia.
Bagi memudahkan pengurusan pengakap yang mempunyai ahli berjuta-juta orang dan berselerak di seluruh dunia Biro Pengakap Sedunia?membentuk beberapabuah BIRO WILAYAH (Regional Bureau). Pada masa ini terdapat lima buah wilayah semuanya, iaitu:-
Wilayah Afrika beribu pejabat di Nairobi, Kenya. Wilayah Asia ?Pasifik beribu Pejabat d Manila Filifina. Wilayah Eropah beribu pejabat di Brussels, Belgium. Wilayah Arab beribu pejabat di Khahirah/Cairo, Mesir. Wilayah Interamerica beribu pejabat di Chili, Santiago.
Maka segala aktiviti kepengakapan yang dikendalikan oleh sesebuah negara terutama yang bersifat wilayah atau duniaseperti Jembori Sedunia, Jembori sewilayah, perlu mendapatrestu dan persetujuan Biro Pengakap Dunia atan WOSM.Sebabitu perancangan aktiviti sedemikian perlu diadakan lebih awal dan dibawa ke dalam persidangan WOSM, contohnya ketikaMalaysia ingin mengadakan JAMBORI KEBANGSAAN ke 9 dan Asia-Pasifik ke18 di Besut, Terengganu , usul ini telah dibawa ke dalam Konferensi Sedunia di Bangkok pada tahun1993 dan 'menang?dalam pemilihan itu seterusnya direstui.
Selain itu WOSM juga mendaftarkan setiap pertubuhan pengakap yang bergabung dengannya (tidak semua negera atau wilayah mendaftar) justeru itu WOSM dapatlah dianggap sebagai"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" kepada pertubuhan pengakap.

KEUNIKAN PENGAKAP


Adalah menjadi kenyataan bahawa di mana sahaja kita berada di dalam dunia ini adalah amat mudah untuk mengenali seseorangPengakap itu melalui tradisi berpengakapyang diamalkannya.
Bagaimanakah caranya?
Jika ia berpakaian seragam, walaupun beradadi khalayak ramai kita mudah mengenalinyakerana ia memakai Lencana Pengakap (Keahlian)pada pakaian seragamnya.
Semua ahli di dalam Pergerakan Pengakap jugamenggunakan Hormat Pengakap yang sama sebagaitanda Hormat dan Salam.
Semua ahli Pengakap juga menggunakan Isyarat Pengakap yang sama apabila melafazkan danmemperbaharui Persetiaan Pengakap. IsyaratPengakap hampir serupa dengan Hormat Pengakapkecuali kedudukan tangan yang berbeza.
Apabila seorang Pengakap bertemu dengan Pengakapyang lain, mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk memberi salam. Mereka berjabattangan dengan menggunakan tangan kiri.
Anda tidak mungkin dapat bertemu dengan ahli daripada Pertubuhan Belia yang lain di duniaini yang menggunakan Lencana Pengakap ataumenggunakan Hormat Pengakap, Tanda Pengakap danBerjabat Tangan dengan menggunakan tangan kiri.Ini merupakan keunikan Pengakap semata-mata.
Slogan Pengakap yang berbunyi 'Menolong OrangPada Setiap Masa' dan cogankata 'Selalu Sedia'juga merupakan keunikan di dalam berpengakap. Tradisi Pengakap ini mempunyai maksud yang tersendiri dan masih berperanan hingga ke hari ini seperti mana bila pergerakan ini bermula sejak 80 tahun yang lalu.

ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA

(WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT atau WOSM) PERGERAKAN-PENGAKAP
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi besarpergerakan anak-anak muda yang berkembang terus menerus. Sejak ditubuhkan hingga kini kira-kira 300 juta ahli pengakap di seluruh dunia telah melaksanakan "IKRAR PERSETIAAN PENGAKAP". Dalam dua dekad terakhir ini keahlian pergerakan Pengakap telah bertambah kira-kiratiga kali ganda. Bilangan ahlinya kini sekitar 350 jutaorang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan di 136buah negara dan wilayah (territories) di samping jutaan ahli lama yang kebanyakannya ahli dalam berbagai bidang dan profesyen adalah penyokong pergerakan ini. Anda adalah seorang daripadanya, sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia yang sekaligus juga ahli kepada WOSM yang diiktiraf dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA.
Pergerakan Pengakap, mengenepikan perbezaan warna kulit,budaya, fahaman agama dan kepercayaan adalah bersatu dalamnilai yang sama dalam kehidupan. Faktor inilah yang menjadi"hallmark" atau pengikatnya, sejak diwujudkan dahulu, kaedah belajar sambil membuat (leaning by doing) dan bekerjabersama-sama dalam kumpulan kecil adalah kaedah progresifyang merupakan cara terbaik dalam memperkayakan pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi hidup di hari muka. Pengakapboleh menjadi kuasa pendorong yang berpontensi ke arah tindakanpositif dalam usaha memperbaiki kehidupan komuniti.
Pergerakan Pengakap juga merupakan pelaburan pada masa hadapan.Ia mengajar dan melatih kanak-kanak (ahli-ahlinya) menjadi warga yang berguna serta bertanggungjawab kepada dunia melaluitindakan - tindakan dan aktiviti mereka. Pengakap juga melibatkandiri dalam berbagai aktiviti secara meluas (wide range of activities) misalnya pendidikan persekitaran (environmental education),kesihatan kanak-kanak, mencegah penyalahgunaan dadah, pembinaan rumah kos rendah, membasmi buta huruf, latihan kemahiran, pendidikankepenggunaan (consumer education) dan pendidikan keamanan dankesejahteraan (peace education). Dan bekerjasama dengan berbagai pihak dalam masyarakat, kawan-kawan, jiran tetangga, pemimpin masyarakat serta lain-lain organisasidapat direalisasikan. Usaha dan kerja-kerja begini dapat juga dilakukan dengan kerjasama berbagai agensi yang terdapat di negara masing-masing.

RIWAYAT HIDUP PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP

Lord Baden Powell atau nama penuhnya, Robert Stephenson Smyth Baden Powell lebih dikenali sebagai B.P. dilahirkan di London,England pada 22 Februari 1857.Bapanya,Reverend H.G.Baden Powell adalah seorang profesor geometrik di Universiti Oxford sementara ibu,Henrietta Grace adalah anak perempuan seorang Laksamana British bernama William Henry Smyth.Bapanya meninggal dunia semasa B.P.berusia 3 tahun.B.P.amat gemar kepada aktiviti luar dan kerap memancing dan belayar perahu di Tasik Serpentine yang terletak di Hyde Park,London.Dalam tahun 1870,B.P.mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah yang bernama CharterHouse di bandar London.Beliau bukanlah seorang murid yang mempunyai sebarang kelebihan tertentu tetapi beliau murid yang paling periang di sekolah itu.Beliau juga cenderung dalam bidang muzik,sementara kelebihan melukis banyak membantunya membuat ilustrasi yang menarik bagi setiap tulisannya.B.P.lulus dari CharterHouse ketika berusia 19 tahun dan beliau telah mengambil peperiksaan untuk memasuki angkatan tentera.Beliau telah lulus dengan cemerlang dan dikecualikan dari memasuki Kolej Tentera lalu dijadikan Leftenan Muda dalam pasukan askar berkuda – 13th Hussers di India.B.P.telah bertugas dengan pasukannya di India,Afghanistan dan Afrika.Semasa bertugas di Ashanti,Pantai Barat Afrika untuk menentang Raja Prempeh,beliau telah perhatikan penduduk di situ bersalam dengan tangan kiri mereka.Dalam tahun 1896,B.P.dihantar ke Matabeland,Rhodesia.Di situ beliau digelar “IMPEESA” yang bermakna ‘serigala yang tidak pernah tidur’.B.P.dinaikkan ke pangkat Kolonel dalam tahun 1897 dan dihantar ke India semula untuk memimpin Dragoon Guards ke-5.Di situ beliau telah memperkenalkan satu skim latihan yang bercorak pertandingan dan permainan luas dalam sistem berpatrol.Askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik akan diberi satu lencana (berbentuk point utara kompas – yang telah menjadi lambang Pergerakkan Pengakap) dan digelar ‘scout’ iaitu peninjau.Dalam tahun 1899,B.P.telah pulang ke England.Beliau membawa sebuah buku berjudul “AIDS TO SCOUTING” yang beliau tulis semasa bercuti di Kashmir.Buku itu mengenai latihan yang beliau beri kepada askar peninjaunya di India.Perang Boer telah tercetus pada 11 Oktober 1899 dan B.P.telah berjaya mempertahankan bandar Mafeking dari kepungan askar Boer yang diketuai oleh Jeneral Cronje.Semasa Perang Boer,Kor Kadet Mafeking yang terdiri daripada budak lelaki ditubuhkan untuk menjalankan tugas membawa berita dan pembantu.Pertahanan Mafeking selama 218 hari oleh B.P.telah menjadikannya mashyur dan beliau dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral.Ketika itu beliau berumur 43 tahun.Selepas tamatnya Perang Boer,B.P.diarah menubuhkan Pasukan Polis di Afrika Selatan.Dalam tahun 1903,beliau telah dijadikan Inspektor Jeneral Tentera Berkuda.Dalam tahun 1907,ketikaB.P.berusia 50 tahun,beliau telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral dan dimasukkan ke tentera simpanan.Buku “AIDS TO SCOUTING” yang diterbitkan semasa bandar Mafeking dikepung telah berjaya menarik perhatian kanak-kanak di England.B.P.digalakkan memperkenalkan ideanya yang terkandung dalam bukunya itu.Beliau telah mengadakan satu pekhemahan di Pulau Brownsea untuk 21 orang kanak-kanak pada 31 Julai 1907.Mereka telah berkhemah,memerhati,mengembara,berperahu dan mengikut jejak selama 10 hari.Unggun api juga telah diadakan pada setiap malam.Perkhemahan Pengakap yang pertama ini sungguh berjaya dan B.P.telah menerbitkan buku keduanya “SCOUTING FOR BOYS” pada tahun 1908.Bukunya mengandungi panduan bagi melatih kanak-kanak menjadi Pengakap dan dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik oleh B.P.sendiri.Pada tahun 1909, “SCOUTING FOR BOYS” telah diterjemahkan ke dalam 5 bahasa dan Pergerakan Pengakap telah muncul di Amerika Syarikat,Chile dan India.Pada tahun yang sama,King Edward VII telah mengurniakan pangkat ‘Knight’ kepada B.P. dan bersetuju bahawa Pengakap-Pengakap yang lulus dalam Ujian Pentarafan Kecekapan akan digelar Pengakap Raja (King Scout).Pada 30 Oktober 1912,B.P.telah berkahwin dengan Olave St.Clair Soames di Gereja St.Peter,Parkstone.100 ribu ahli Pengakap telah menyumbangkan 1p (Penny) dan hadiahkan sebuah kereta ‘STANDARD’ kepada B.P.Olave Baden Powell yang sungguh berminat dalam Pergerakan Pengakap telah menjadi Pandu Puteri Agung Dunia (World Cheif Guide).B.P.telah menjelajah ke seluruh dunia untuk menemui Pengakap-Pengakap di beberapa buah negara.Apabila Perang Dunia Pertama tercetus,kegiatan Pengakap tergendala sebentar tetapi segera dipulihkan sebaik perang tamat.Dalam tahun 1920,ahli Pengakap seluruh dunia telah berkumpul di Olympia,London dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama.Dalam Jambori ini,B.P.diisytiharkan sebagai Pengakap Agung Dunia (World Cheif Scout).Dalam Jambori Dunia ke-3 di England,iaitu pada hari genapnya Pergerakan Pengakap 21 tahun.B.P.dianugerahkan gelaran Lord Baden Powell of Gillwell.Ahli Pengakap seluruh dunia juga menyumbangkan 1p (Penny) untuk sebuah kereta ‘Rolls Royce’ dan sebuah potret B.P.Penghormatan tertinggi baginya ialah ‘Order of Merit’ yang dianugerahkan oleh King Edward V pada tahun 1937.Selepas menghadiri Perhimpunan Gillwell (Gillwell Reunion) untuk Pemimpin Pengakap pada bulan September 1937,B.P.dan isterinya bermastautin di Nyeri,sebuah kampung aman dan cantik di Kenya,Afrika.Selepas berkhidmat selama 33 tahun dalam Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri,B.P.meninggal dunia di kediamannya ‘Paxtu’ di Nyeri pada 8 Januari 1941.