BERITA TERKINI
1).Keputusan Pentarafan 2009 sila call Tn.Hj.Kamarul SU Program Negeri ditalian:0125714798.
2).52nd Jota 2009
Tarikh:17-18 Oktober 2009
Masa:8.00pg-12.00mlm
Tempat:Komplek Rakan Muda Kamunting
StationMasters:9M2FT and 9M2AZZ
Coodinators:9W2ZPT and 9W2NPT
Program:
2.1.Dxing (HF)
2.2.Komunikasi Stesen Jota Seluruh Malaysia (JalurPanjang Astra/Martlinking)
2.3.On The Internet (JOTI)
2.4.Kuiz / Fun Games
2.5.XPDC Radio Amatur
2.6.Fox Hunting
3).World Scout FrequenciesSeveral amateur radio bands have designated frequencies where Scout stations can meet. Of course, the whole authorized band can be used for Scout contacts, howver, to easily find Scout stations, listen in on the following Scout frequencies:band SSB (phone) CW (morse)
80 m 3.690 & 3.940 MHz 3.570 MHz
40 m 7.090 & 7.190 MHz 7.030 MHz
20 m 14.290 MHz 14.060 MHz
17 m 18.140 MHz 18.080 MHz
15 m 21.360 MHz 21.140 MHz
12 m 24.960 MHz 24.910 MHz
10 m 28.390 MHz 28.180 MHz
6 m 50.160 MHz 50.160 MHz
JAMBORI DI INTERNET
Jambori Pengakap Di Internet Sedunia (JOTI) merupakan satu perjumpaan antarabangsa Pengakap di Internet yang diadakan setiap tahun pada hujung minggu ketiga bulan Oktober. Program ini adalah acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia.
Sepanjang hujung minggu tersebut, beribu ahli Pengakap dari seluruh dunia berjumpa dan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui Internet, dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, dari web browser ke e-mel, program chat, mikrofon, scanner dan kamera digital.
Kumpulan Pengakap boleh menggabungkan Jambori ini dengan Jambori Di Udara (JOTA), satu Jambori dimana ahli Pengakap boleh berkomunikasi di antara satu sama lain melalui frekuensi radio amatur dengan bantuan krew radio amatur tempatan.
Kebanyakkan komunikasi mengambil tempat melalui E-mel dan di rangkaian chat yang dipanggil IRC (Internet Relay Chat). JOTI membolehkan anda membina persaudaraan dengan ahli Pengakap di negara lain dan untuk mengetahui lebih lanjut berhubung dengan kehidupan sivil dan pengakapan mereka. Sering kali, hubungan ini berkekalan untuk bertahun-tahun dan membina tapak for lawatan
berkumpulan dan sebagainya.
Sejak 1996, JOTI merupakan acara rasmi WOSM dan telah mempunyai satu tempat tetap dalam Laman Web Biro Pengakap Sedunia.
Sunday, October 18, 2009
JOTA / JOTI 9M4SJO
Monday, October 12, 2009
Saturday, June 27, 2009
Friday, May 2, 2008
KAMI PENGAKAP MALAYSIA
HARAPAN NUSA DAN BANGSA
BERIKRAR SETIA
PADA PERTIWI TERCINTA
MELATIH GENERASI MUDA
MENJADI INSAN YANG BERGUNA
PERSETIAAN PENGAKAP
TERAS DIPEGANG BERSAMA
MENOLONG ORANG SETIAP MASA
MENABUR BAKTI DI MANA SAHAJA
DEMI TUHAN, RAJA DAN NEGARA
BERBUDI, BERSAUDARA
TAAT, MENURUT PERINTAH
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP MALAYSIA
KAMI BANGGA JUNJUNG CITA-CITA
PENGAKAP, PENGAKAP MALAYSIA
Lagu : Hafiz Bin Khamis
Lirik :Y.Bhg.Dato’ Kaharudin Bin Mohsin
:Tn.Hj.Abdul Shukor Bin Mohsin
:Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin
Gubahan :Abdul Razak Bin Abdul Rahman
BIRO PENGAKAP SEDUNIA
(World Scout Bureau). Biro ini juga bertindak sebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (WOSM) dansebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (World Scout Committee). Biro ini beribu pejabatdi Geneva, Switzerland. Dan Jawatankuasa Pengakap Sedunia bertanggungjawab ke atas perjalanan organisasiWOSM dan Sekretariat Biro Pengakap Sedunia.
Bagi memudahkan pengurusan pengakap yang mempunyai ahli berjuta-juta orang dan berselerak di seluruh dunia Biro Pengakap Sedunia?membentuk beberapabuah BIRO WILAYAH (Regional Bureau). Pada masa ini terdapat lima buah wilayah semuanya, iaitu:-
Wilayah Afrika beribu pejabat di Nairobi, Kenya. Wilayah Asia ?Pasifik beribu Pejabat d Manila Filifina. Wilayah Eropah beribu pejabat di Brussels, Belgium. Wilayah Arab beribu pejabat di Khahirah/Cairo, Mesir. Wilayah Interamerica beribu pejabat di Chili, Santiago.
Maka segala aktiviti kepengakapan yang dikendalikan oleh sesebuah negara terutama yang bersifat wilayah atau duniaseperti Jembori Sedunia, Jembori sewilayah, perlu mendapatrestu dan persetujuan Biro Pengakap Dunia atan WOSM.Sebabitu perancangan aktiviti sedemikian perlu diadakan lebih awal dan dibawa ke dalam persidangan WOSM, contohnya ketikaMalaysia ingin mengadakan JAMBORI KEBANGSAAN ke 9 dan Asia-Pasifik ke18 di Besut, Terengganu , usul ini telah dibawa ke dalam Konferensi Sedunia di Bangkok pada tahun1993 dan 'menang?dalam pemilihan itu seterusnya direstui.
Selain itu WOSM juga mendaftarkan setiap pertubuhan pengakap yang bergabung dengannya (tidak semua negera atau wilayah mendaftar) justeru itu WOSM dapatlah dianggap sebagai"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" kepada pertubuhan pengakap.
KEUNIKAN PENGAKAP
Adalah menjadi kenyataan bahawa di mana sahaja kita berada di dalam dunia ini adalah amat mudah untuk mengenali seseorangPengakap itu melalui tradisi berpengakapyang diamalkannya.
Bagaimanakah caranya?
Jika ia berpakaian seragam, walaupun beradadi khalayak ramai kita mudah mengenalinyakerana ia memakai Lencana Pengakap (Keahlian)pada pakaian seragamnya.
Semua ahli di dalam Pergerakan Pengakap jugamenggunakan Hormat Pengakap yang sama sebagaitanda Hormat dan Salam.
Semua ahli Pengakap juga menggunakan Isyarat Pengakap yang sama apabila melafazkan danmemperbaharui Persetiaan Pengakap. IsyaratPengakap hampir serupa dengan Hormat Pengakapkecuali kedudukan tangan yang berbeza.
Apabila seorang Pengakap bertemu dengan Pengakapyang lain, mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk memberi salam. Mereka berjabattangan dengan menggunakan tangan kiri.
Anda tidak mungkin dapat bertemu dengan ahli daripada Pertubuhan Belia yang lain di duniaini yang menggunakan Lencana Pengakap ataumenggunakan Hormat Pengakap, Tanda Pengakap danBerjabat Tangan dengan menggunakan tangan kiri.Ini merupakan keunikan Pengakap semata-mata.
Slogan Pengakap yang berbunyi 'Menolong OrangPada Setiap Masa' dan cogankata 'Selalu Sedia'juga merupakan keunikan di dalam berpengakap. Tradisi Pengakap ini mempunyai maksud yang tersendiri dan masih berperanan hingga ke hari ini seperti mana bila pergerakan ini bermula sejak 80 tahun yang lalu.
ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi besarpergerakan anak-anak muda yang berkembang terus menerus. Sejak ditubuhkan hingga kini kira-kira 300 juta ahli pengakap di seluruh dunia telah melaksanakan "IKRAR PERSETIAAN PENGAKAP". Dalam dua dekad terakhir ini keahlian pergerakan Pengakap telah bertambah kira-kiratiga kali ganda. Bilangan ahlinya kini sekitar 350 jutaorang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan di 136buah negara dan wilayah (territories) di samping jutaan ahli lama yang kebanyakannya ahli dalam berbagai bidang dan profesyen adalah penyokong pergerakan ini. Anda adalah seorang daripadanya, sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia yang sekaligus juga ahli kepada WOSM yang diiktiraf dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA.
Pergerakan Pengakap, mengenepikan perbezaan warna kulit,budaya, fahaman agama dan kepercayaan adalah bersatu dalamnilai yang sama dalam kehidupan. Faktor inilah yang menjadi"hallmark" atau pengikatnya, sejak diwujudkan dahulu, kaedah belajar sambil membuat (leaning by doing) dan bekerjabersama-sama dalam kumpulan kecil adalah kaedah progresifyang merupakan cara terbaik dalam memperkayakan pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi hidup di hari muka. Pengakapboleh menjadi kuasa pendorong yang berpontensi ke arah tindakanpositif dalam usaha memperbaiki kehidupan komuniti.
Pergerakan Pengakap juga merupakan pelaburan pada masa hadapan.Ia mengajar dan melatih kanak-kanak (ahli-ahlinya) menjadi warga yang berguna serta bertanggungjawab kepada dunia melaluitindakan - tindakan dan aktiviti mereka. Pengakap juga melibatkandiri dalam berbagai aktiviti secara meluas (wide range of activities) misalnya pendidikan persekitaran (environmental education),kesihatan kanak-kanak, mencegah penyalahgunaan dadah, pembinaan rumah kos rendah, membasmi buta huruf, latihan kemahiran, pendidikankepenggunaan (consumer education) dan pendidikan keamanan dankesejahteraan (peace education). Dan bekerjasama dengan berbagai pihak dalam masyarakat, kawan-kawan, jiran tetangga, pemimpin masyarakat serta lain-lain organisasidapat direalisasikan. Usaha dan kerja-kerja begini dapat juga dilakukan dengan kerjasama berbagai agensi yang terdapat di negara masing-masing.



